Wednesday, April 29, 2009

Benarkah "Rakyat Di Dahulukan"?

Al-kisah Satu Malaysia "RAKYAT DI DAHULUKAN??"
sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara slogan Satu Malaysia di laung-laungkan...konsep "Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan" di perkenalkan oleh Tok Jib...malahan kata Tok Jib "tidak akan ada seorang pun rakyat yang akan terpinggir dari konsep ini". Cuba kita lihat di sekeliling kita berapa ramai saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang kehilangan punca pendapatan, hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa di tutup, di "hambat" oleh surat-surat bank yang menuntut pelbagai ansuran pinjaman, hutang piutang serta pelbagai kepayahan dan keperitan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat dek kerana "kegagalan" Kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi Malaysia.

Sewaktu Krisis Kewangan Global baru bermula sekitar oktober 2008 iaitu di peringkat yang masih boleh di cegah..Tok Jib dengan megah mengatakan "ekonomi malaysia masih kukuh! rakyat tidak perlu bimbang!" kata Tok Jib yang menyandang jawatan TPM dan Menteri Kewangan pada ketika itu. Pada awal januari 2009 rakyat di kejutkan dengan berita-berita pemberhentian pekerja dlm skala besar-besaran di pelbagai sektor dan bidang di seluruh pelusuk negara dan penutupan syarikat-syarikat dan kilang-kilang ternama. Pengkaji dan penganalisis ekonomi dunia mengeluarkan kenyataan bahawa krisis kewangan ini bakal mengheret kita kembali ke ekonomi di zaman 1930an iaitu lebih 70 tahun berundur kebelakang! malahan akan bertambah buruk dari semasa ke semasa. Suku tahun pertama bagi 2009 adalah detik mulanya keperitan hidup rakyat malaysia..dan kita sudah pun berada di dalam suku tahun ke dua 2009 yang semakin hari semakin men"sesak"kan dada dan kepala..jika begini "permulaannya" bagaimana pula agaknya "pertengahannya" atau "kemuncaknya"?? Pada waktu ini Tok Jib dan barisan kabinetnya yang "sudah terhantuk baru terngadah" di canang oleh media arus perdana kononnya sibuk menyediakan doktrin dan penawar bagi merawat ekonomi malaysia yang semakin tenat! dana 60 bilion di isytiharkan sebagai pemangkin dan rangsangan ekonomi..rakyat di "gula-gulakan" dengan cerita-cerita dongeng "ekonomi semakin pulih" walhal pada hakikatnya rakyat mengetahui bahawa ekonomi semakin tenat dan kepayahan serta kesusahan bakal menjadi "sahabat setia" dalam meneruskan kelangsungan hidup di bumi malaysia yang mana pemimpinnya lebih suka "merawat daripada mencegah!".

Di mana kerajaan sewaktu rakyat memerlukan? apakah bantuan yang di hulurkan? setakat hari ini aku masih tak nampak pertolongan kerajaan kepada rakyat yang hilang punca pendapatan! media arus perdana mencanangkan pelbagai inisiatif kerajaan yang kononnya membantu rakyat..program "train and place", "penjodohan kerja", "career fair" dan pelbagai lagi program "lakonan" serta "wayang" yang di anjurkan kerajaan..aku tak menafikan kepentingan program seperti ini yang sedikit sebanyak mengukir "senyuman kelat" di wajah rakyat..tetapi yang lebih penting PERLAKSANAANNYA! adakah secara menyeluruh? adakah melibatkan semua negeri dan daerah? adakah semua rakyat mengetahuinya dan mendapat pendedahan tentangnya? adakah ianya berkesan? adakah ianya hanya sekadar projek "mee segera" sempena pilihanraya?!
Nasihat aku wujudkanlah pemantauan dan bantuan pekerjaan dan perniagaan bermula di peringkat kampung, taman perumahan, pekan kecil, bandar, daerah dan seterusnya negeri dan negara dari semasa ke semasa..tapi janganlah pulak hanya "memantau"! kami rakyat perlukan bantuan!
JANGAN HANYA BERMEGAH PADA SLOGAN "RAKYAT DI DAHULUKAN"! DAN "KERAJAAN PERIHATIN"! KAMI NAK TENGOK PERLAKSANAAN! DAN KEBERKESANANNYA!

- rakyat kecewa

No comments:

Post a Comment