Tuesday, April 28, 2009

Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang di kehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."


surah Al-Talaq dari ayat 2~3
keterangan firman Allah di atas jelas menyatakan tentang peri pentingnya kebergantungan diri kita sebagai makhlukNya di dalam apa jua perkara mestilah hanya kepadaNya..
mungkin ramai di antara kita yg familiar dengan istilah "Ayat Seribu Dinar"..ianya agak popular di kalangan peniaga-peniaga yg kebiasaannya "menggantung" atau "menampal" ayat ini di premis-premis mereka yg konon-kononnya sebagai "pelaris" atau "pemurah rezeki"..
Perbuatan sebegitu tidaklah salah....tetapi jika kita yakin dan percaya dgn perbuatan "menggantung" atau "menampal" ayat ini rezeki kita bakal berlipat kali ganda, maka kita telah mensyirikkan Allah...harus di ingat bahawa yg memberi dan mengurniakan rezeki itu adalah Allah s.w.t yg tidak boleh di sekutukan dengan yg lain...
Saya ingin berkongsi secebis sejarah berkaitan ayat ini yg mungkin dapat kita sama-sama amalkan InsyaAllah...sumber itu menyatakan :-
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:
1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu
*Sekadar ingin berkongsi dan bemuhasabah diri..sekiranya mungkin terdapat kekhilafan harap di perbetulkan...Wassalam...Jazakallah...

2 comments:

  1. salam tuan blog.

    tentang ayat seribu dinar itu, teramat baiklah jika dibaca. ianya ayat qur'an. satu huruf dibalas 10.

    cuma tentang konsep rezeki itu hati-hati. ayat itu bermula dengan "waman-yattiqiLLah.." iaitu "Barangsiapa yang bertaqwa.."

    bertaqwa itu perlukan huraian lebih jelas. sebab itulah pembeza muslim di IC dengan muslim di hati. bukan mudah takut pada Allah, dalam melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya; tetapi tidaklah sukar bagi org2 yg beriman dan beramal soleh yang penuh takut dan harap pada-Nya.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam alaik...

    terima kasih di atas pandangan saudara..semoga Allah merahmati saudara...

    jzklh

    ReplyDelete