Wednesday, April 29, 2009

Benarkah "Rakyat Di Dahulukan"?

Al-kisah Satu Malaysia "RAKYAT DI DAHULUKAN??"
sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara slogan Satu Malaysia di laung-laungkan...konsep "Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan" di perkenalkan oleh Tok Jib...malahan kata Tok Jib "tidak akan ada seorang pun rakyat yang akan terpinggir dari konsep ini". Cuba kita lihat di sekeliling kita berapa ramai saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang kehilangan punca pendapatan, hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa di tutup, di "hambat" oleh surat-surat bank yang menuntut pelbagai ansuran pinjaman, hutang piutang serta pelbagai kepayahan dan keperitan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat dek kerana "kegagalan" Kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi Malaysia.

Sewaktu Krisis Kewangan Global baru bermula sekitar oktober 2008 iaitu di peringkat yang masih boleh di cegah..Tok Jib dengan megah mengatakan "ekonomi malaysia masih kukuh! rakyat tidak perlu bimbang!" kata Tok Jib yang menyandang jawatan TPM dan Menteri Kewangan pada ketika itu. Pada awal januari 2009 rakyat di kejutkan dengan berita-berita pemberhentian pekerja dlm skala besar-besaran di pelbagai sektor dan bidang di seluruh pelusuk negara dan penutupan syarikat-syarikat dan kilang-kilang ternama. Pengkaji dan penganalisis ekonomi dunia mengeluarkan kenyataan bahawa krisis kewangan ini bakal mengheret kita kembali ke ekonomi di zaman 1930an iaitu lebih 70 tahun berundur kebelakang! malahan akan bertambah buruk dari semasa ke semasa. Suku tahun pertama bagi 2009 adalah detik mulanya keperitan hidup rakyat malaysia..dan kita sudah pun berada di dalam suku tahun ke dua 2009 yang semakin hari semakin men"sesak"kan dada dan kepala..jika begini "permulaannya" bagaimana pula agaknya "pertengahannya" atau "kemuncaknya"?? Pada waktu ini Tok Jib dan barisan kabinetnya yang "sudah terhantuk baru terngadah" di canang oleh media arus perdana kononnya sibuk menyediakan doktrin dan penawar bagi merawat ekonomi malaysia yang semakin tenat! dana 60 bilion di isytiharkan sebagai pemangkin dan rangsangan ekonomi..rakyat di "gula-gulakan" dengan cerita-cerita dongeng "ekonomi semakin pulih" walhal pada hakikatnya rakyat mengetahui bahawa ekonomi semakin tenat dan kepayahan serta kesusahan bakal menjadi "sahabat setia" dalam meneruskan kelangsungan hidup di bumi malaysia yang mana pemimpinnya lebih suka "merawat daripada mencegah!".

Di mana kerajaan sewaktu rakyat memerlukan? apakah bantuan yang di hulurkan? setakat hari ini aku masih tak nampak pertolongan kerajaan kepada rakyat yang hilang punca pendapatan! media arus perdana mencanangkan pelbagai inisiatif kerajaan yang kononnya membantu rakyat..program "train and place", "penjodohan kerja", "career fair" dan pelbagai lagi program "lakonan" serta "wayang" yang di anjurkan kerajaan..aku tak menafikan kepentingan program seperti ini yang sedikit sebanyak mengukir "senyuman kelat" di wajah rakyat..tetapi yang lebih penting PERLAKSANAANNYA! adakah secara menyeluruh? adakah melibatkan semua negeri dan daerah? adakah semua rakyat mengetahuinya dan mendapat pendedahan tentangnya? adakah ianya berkesan? adakah ianya hanya sekadar projek "mee segera" sempena pilihanraya?!
Nasihat aku wujudkanlah pemantauan dan bantuan pekerjaan dan perniagaan bermula di peringkat kampung, taman perumahan, pekan kecil, bandar, daerah dan seterusnya negeri dan negara dari semasa ke semasa..tapi janganlah pulak hanya "memantau"! kami rakyat perlukan bantuan!
JANGAN HANYA BERMEGAH PADA SLOGAN "RAKYAT DI DAHULUKAN"! DAN "KERAJAAN PERIHATIN"! KAMI NAK TENGOK PERLAKSANAAN! DAN KEBERKESANANNYA!

- rakyat kecewa

Tuesday, April 28, 2009

Persiapan Menentang Musuh!

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya"

Surah Al-Anfaal ayat 60

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan"


Sudahkah kita bersedia menghadapi musuh? Malaysia menyaksikan bagaimana Islam di tindas oleh "saudara seagama" (golongan munafiq) yg berpaksikan Ideologi Barat warisan tinggalan penjajah, Malaysia di war-warkan sebagai Negara Islam di mata dunia tetapi dalam masa yang sama perlaksanaan syariatnya di nafikan malahan di tohmah dan di hina, sebahagian di ambil dan sebahagian lagi di tinggalkan yang kononnya mengikut peredaran zaman...amat malang bagi kita yang mengaku Islam tetapi tidak membela dan mempertahankannya..ayuh sama-sama kita menghayati Firman Allah dan Sabda Rasulullah di atas...moga-moga kita memperoleh semangat Jihad sebagaimana Tentera Hamas dalam menghadapi dan menentang kemaraan Yahudi La'natullah! Kita tidak perlu mengangkat senjata untuk ke arah itu..cukup sekadar kita bersama menyumbang tenaga dan menginfa'kan sebahagian harta kepada Gerakan Islamiyyah yang sedang mekar di seluruh pelusuk negara kita...semoga Islam akan terus subur di bumi Malaysia...InsyaAllah.....

Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang di kehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."


surah Al-Talaq dari ayat 2~3
keterangan firman Allah di atas jelas menyatakan tentang peri pentingnya kebergantungan diri kita sebagai makhlukNya di dalam apa jua perkara mestilah hanya kepadaNya..
mungkin ramai di antara kita yg familiar dengan istilah "Ayat Seribu Dinar"..ianya agak popular di kalangan peniaga-peniaga yg kebiasaannya "menggantung" atau "menampal" ayat ini di premis-premis mereka yg konon-kononnya sebagai "pelaris" atau "pemurah rezeki"..
Perbuatan sebegitu tidaklah salah....tetapi jika kita yakin dan percaya dgn perbuatan "menggantung" atau "menampal" ayat ini rezeki kita bakal berlipat kali ganda, maka kita telah mensyirikkan Allah...harus di ingat bahawa yg memberi dan mengurniakan rezeki itu adalah Allah s.w.t yg tidak boleh di sekutukan dengan yg lain...
Saya ingin berkongsi secebis sejarah berkaitan ayat ini yg mungkin dapat kita sama-sama amalkan InsyaAllah...sumber itu menyatakan :-
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:
1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu
*Sekadar ingin berkongsi dan bemuhasabah diri..sekiranya mungkin terdapat kekhilafan harap di perbetulkan...Wassalam...Jazakallah...